Biografi Hilary Tham

Anak perempuan kepada keluarga pendatang China, Hilary Tham dilahirkan di Klang, Malaysia. Beliau memasuki ke sekolah konven yang dikendalikan oleh biarawati dari Ireland, sekolah Katolik yang dikendalikan oleh biarawan Dominikan, dan sekolah persiapan di Kuala Lumpur. Beliau mendapat ijazah sarjana muda dalam sastera Inggeris dari Universiti Malaya pada 1969. Beliau masuk agama Yahudi setelah berkahwin dengan pekerja Yahudi Amerika untuk Peace Corps, Joseph Goldberg, di Malaysia. Pada 1971, pasangan itu berhijrah ke Amerika Syarikat, pertama menetap di New Jersey dan kemudian berpindah ke Arlington, Virginia dua tahun kemudian. Beliau mempengerusikan Northern Virginia Coalition, sebuah organisasi nirlaba yang membantu menempatkan semula pelarian Vietnam,[1] dan berkhidmat sebagai presiden persaudaraan di rumah ibadatnya, yang kini menjadi Kongregasi Etz Hayim di Arlington.[2] Tham adalah ketua editor untuk Word Works, sebuah badan penerbitan puisi bukan untung, dan merupakan penyunting puisi untuk Potomac Review.[1] Beliau mengajar menulis kreatif di pelbagai sekolah berdekatan, termasuk Sekolah Tinggi Yorktown dan Sekolah Menengah Williamsburg, dan merupakan pelukis berus Cina.[2] Beliau meninggal dunia di Arlington pada umur 58 tahun akibat kanser paru-paru metastatik.[1]

Tham mencerminkan budaya Asia dan Amerika dalam karyanya.[3] Beliau telah dikategorikan sebagai "penulis Cina-Malaysia dengan pengaruh Yahudi."[1]

Rujukan

WikiPedia: Hilary Tham http://www.wordworksdc.com/org_profile.html http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p074350218 http://isni.org/isni/0000000084134348 https://books.google.com/books?id=9BrfLWdeISoC&q=h... https://books.google.com/books?id=H5pbAgAAQBAJ&pg=... https://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/arti... https://wikis.library.gwu.edu/dcpoetry/index.php/H... https://id.loc.gov/authorities/names/n88098471 https://d-nb.info/gnd/133202941 https://archive.is/20141012151512/http://www.wordw...